Saturday, August 4, 2018

KELEBIHAN MEMPELAJARI AL-QURAN



* Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya.  Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]



* Sabda Rasulullah SAW:

" Orang yang mahir Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti.  Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah)dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
( Riwayat Muslim )



* Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:

"Wahai Abu Hurairah!Belajarlah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.  Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian padahal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram".
( Riwayat al-Dailami)


Thursday, July 12, 2018

Program yang ditawarkan di QuranMates


Program-program yang ditawarkan di Akademi QuranMates, Masjid Tanah :



TAHFIZ HUJUNG MINGGU



- Pengisian : Hafazan Juz Amma, Asma'ul Husna, Solat Dhuha, Tadabbur Ayat,       Tahsin & Tajwid.
- Yuran : RM45 / bulan



TARANNUM JUNIOR



KELAS TARANNUM JUNIOR BERSAMA USTAZAH MIMI
*Mentee Ustazah Suhailah Zulkifly:
Johan Qariah Tilawah Antarabangsa 2018

Kelas tarannum untuk anak-anak kecil peringkat rendah dan menengah.
__________________________________

Atas permintaan ramai, Alhamdulillah kelas Tarannum Junior dibuka untuk batch ke-2 pula!

Kelas Junior Batch 1 sudah berjalan lebih 4 bulan dan sudah full house.

Apakah yg anak-anak anda akan kuasai?

- Menguasai 3 lagu utama tarannum untuk surah-surah pilihan dalam tempoh 6 bulan.
- Latihan asas vokal suara seperti bubbling, humming dan doremi.
------------------------------
Syarat kelayakan: 

- 7 tahun ke atas
- Sudah boleh mengaji Al-Quran
- Setiap Sabtu ( 4× sebulan)
- RM60 / bulan


CELIK QURAN

Kelas 2 kali seminggu
- Isnin & Khamis ( 8.15-9.30 p.m) - Pembelajaran untuk tahap Iqra' & Al-Quran sehingga lancar.
- Yuran : RM40 / bulan


KELAS QURAN DEWASA


- Fokus Pembelajaran : Tajwid & Tahsin Al-Quran
- Yuran : RM50 / bulan



QURAN HOME



Pengajian Al-Quran ekslusif di rumah / lokasi pilihan. Ianya fleksibel mengikut masa dan kesesuaian sendiri. Tutor akan jadi lebih fokus, dapat belajar bersama keluarga & mengetahui perkembangan masing-masing.
  • - Yuran : RM35/sesi ( maksimum 3 orang ) - Sesuai untuk semua peringkat daripada kanak-kanak hingga dewasa


Pengenalan

Akademi Al-Quran adalah sebuah institusi kecil yang memainkan peranan untuk mengajar mempelajari bacaan iqra' sehinggalah Al-Quran daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.  Semua peringkat umur pun boleh mempelajarinya.

Akademi Al-Quran ini terletak di Masjid Tanah, Melaka.  Disini kami sertakan alamatnya :

- SU 1463 (Atas) Jalan Masjid Tanah Ria Utama, Taman Masjid Tanah Ria,
  78300 Masjid Tanah, Melaka.

Ataupun sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor yang tertera :

- 010-360 9300 / 010-220 7254